Wednesday, 10 May 2017

rindu ini takkan mati..

Dear diary..
dalam sekelip mata jaa..
banyak benda boleh berubah kan...
dan kita takkan dapat jamin apa apa pun dalam hidup kita ni..

tapi percayalah..
rindu ini..
cinta ini..
sayang ini..
perasaan ini..
takkan pernah mati dalam hati asfa..
sampailah degupan jantung ni..
dengan sendiri nya berhenti berdegup..

cinta tu.. sangat kuat..
cinta tu dapat ubah apa apa pun..
benci jadi sayang..
tidak peduli menjadi sangat ingin tahu..
malas menjadi rajin..

kadang.. rasa tertanya juga..
hati ni takkan penat kah mencintai dia..
takkan penat kah merindui dia..
setiap hari..
setiap detik..

hati jawab tak..
"sebab mencintai dia itu lah yang membuat aku ni kuat..
merindui dia lah yang membuatkan aku merasakan kebahagiaan dalam diriku..
menyayangi dia lah yang membuatkan aku bertahan sampai sekarang..
tanpa cinta dia.. aku lemah..
tanpa cinta dia sedih..
tanpa cinta dia aku akan hilang..
aku akan berubah.. "

jika ditanya sampai bila..
asfa pun tak tahu akan sampai bila..
tapi yang asfa tahu..
asfa akan cuba sedaya upaya..
untuk bertahan dan kekal kan hubungan ini..
sehinggalah sampai semua apa yang dalam diri asfa.. sudah asfa keluarkan..
sudah asfa curahkan..
sudah asfa usahakan segala mampu asfa..

mencintai dia rasa terlalu manis..
dan segala kenangan bersamanya..
rasa terlalu indah..

apa pun..
cinta dan sayang ini..
akan selalu asfa pertahankan..
insyaallah.. ❤



No comments:

Post a Comment

Blinking Domo